Monday 7 July 2014

The Making Video Raya 2014

Salam Ramadhan 10 buat semua warga islam dan salam sejahtera..

Entry kali ni Abam Jeha nak cerita tentang pembikinan video Raya Aidilfitri 2014 telah berjaya siap rakaman pada sabtu yang lalu..Ayat pembikinan dah mcm buat filem lak gayanya...ehehe...

Okays, ceritanya Abam Jeha and the geng youtubers dah plan utk merakam video raya ni sblm ramadhan lagi, dan pada 5 july 2014 | sabtu kami berjaya gak berkumpul and buat rakaman. Persiapan bermula dari pagi hingga ke petang, dan rakaman bermula selepas berbuka puasa. Lepas berbuka puasa semua mula bersiap, yang perempuan dgn makeup nyer la, yang lelaki pulak kejap jer siapnya, almaklum la, kami lelaki ni bukan nyer cerewet sangat macam orang perempuan kan...haaaaaaa...
Tepat jam 9.40pm semua dah berkumpul di ruang tamu and start dengar briefing dari Abam Jeha and Iszee.. Untuk rakaman video raya kali ini, kami mengunakan teknik one shot.
Teknik one shot ni bermaksud membuat rakaman dari awal hingga akhir dengan sekali rakam sahaja..So jika ada kesilapan dibuat pada mana2 bahagian scene, maka rakaman harus dimulakan semula dari awal.. Bayangkan Berapa kali kami buat rakaman on that night..
Tapi Kami berjaya juga menyiapkan rakaman tersebut dgn kesungguhan semua crew yang terlibat. Iszee sebagai cameraman siap lenguh2 tangan lagi sbb berkali2 shot..Thanks Iszee sebab telah berikan sebuah rakaman and bagi komitmen yang sangat terbaikkkkk.. Kami Selesai rakaman pada pukul 3 pagi..Masa ni Semua orang muka dah mcm carca marba baq hanggg.. Haaaa keluar slanggg utara plak..hehe..

Abam Jeha ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat dengan pembikinan video Raya Aidilfitri 2014. Korang Semua memang terbaik la..


Nah Abam Jeha belanja gamabr-gambar sepanjang pembikinan video Raya tersebut.

dah siap buat props semua, memasing muka seposen tunggu time berbuka..













Sesi Ceramah



The three stooges 


Selesai dan Berjaya Rakaman Video Raya Aidilfitri 2014




#goodtimes
Abam Jeha




Thursday 26 June 2014

SaNtai-SaNtai dgn Azhar Mustapa


Salam 1 Abam Jeha buek korang semer....

Kali ni Abam Jeha nak Cito pasal Sesi Makan-Makan yang Abam Jeha ada buat bersempena menyambut Bulan Ramadhan yang akan Hadir lagi beberapa hari jer lagi nih..

Pada 26 Jun 2014 @ 9pm, Abam Jeha & the Gang telah membuat Sesi Bersenam sambil Melantak kat Studio Abam Jeha ni... Kami buat BBQ, Steamboat and PotLuck dgn semua Gang.
Abam Jeha telah menjemput beberapa rakan blogger and youtubers ke sesi melantak ni tawww...
Antara blogger yang hadir, budaktechik,achul,pacak dan lain-lain... Dan the best skali Gang Artis yang tengah The Boom skrang pon hadir gak, iaitu Encik Mimpi....Memang Macam Mimpi lahhh la, apo nak di kato tak terkato oooo....hehehhee...  Thanks Gang sebab dtg support Sesi melantak nih...


Kami berbahagi team utk memasak bagai la...so memasing bz la dgn tugasan memasing bertukang tingkang kt dapur nih...
Selesai dia org bersenam membakar ayam and bersauna buat steamboat tu, kami pun ape lagi, jemputttt makan laaa...perut dah kriuk-kriukkk nihhh....
Then Akhir skali bila perut sudah konyanggg, Abam Jeha kene buli dgn the Gang ni buat persembahan...So byk la lagu-lagu yang Abam Jeha kene nyayi sampai terkebang anak tekak nih...heheheh...padahal tak kembang pun (^_^)...

Lastly, Abam Jeha nak Ucapkan Beribu Lemonnn Terima Kasih pada korang semua yang hadir and support Abam Jeha. Insyallah next time kita buat lagi.. Mebi boleh la Abam Jeha buat Gathering khas Hari Raya ker untuk Semua fan and korang yang sentiasa support Abam Jeha selama ni...


Ni Abam Jeha Belanja korang semua gambar-gambar sepanjang Sesi Melantak ni yer...



Makan Time

Free Style dgn EM & the Gang

Rocking Yooo

Baik balik

The Opera Vanmmms

Nampak tak mcm mana mereka ni Dera Abam Jeha..ishkkkk

Last Sesi, gambar laaaa

The Gang Gilerzzzz Stylee..




#goodtimes
Abam Jeha

Welcome To The World GEng Abam JEha...Yeayyy

Assalamualaikum & Hello Geng Semua,



Ni Abam Jeha nak cito sket haaaa...

Abam Jeha Buek Blog Khas untuk korang follow-follow aktiviti & perkembangan Semaso Abam Jeha nihhhh....

Dan yang best nyer kan, Abam Jeha akan share kord-kord gitar yang ada dari masa ke semasa.
So bagi korang yang ada permintaan untuk kord-kord lagu yang Abam Jeha tak post, korang boleh tinggalkan komen kt posting Abam Jeha ni or korang boleh direct Email kat Abam Jeha di azharmustapa212@gmail.com.
Nanti Abam Jeha akan cuba untuk penuhi permintaan korang semampunya..

Kalau korang ada sebarang pertanyaan or ada apa-apa nak share dgn Abam Jeha, korang boleh jugak email kat Abam Jeha yer...Jangan Nak malu-malu kucing tawww...


Jadi Selamat membaca and komen-komen yer... Jangan malu-malu nak bertanya or nak share story dgn Abam Jeha...




#goodtimes
Abam Jeha